11 Januari 2010

Imran di nursery

Kesian Imran kena tinggal di nursery. Anak terlebih manja la katakan. Tapi disebabkan agak ramai kanak-kanak yang dijaga di nursery tersebut, Imran sedikit kurang selesa. Baru 2 hari di nursery, dia melecet yang agak teruk. Dengan pengasuh sebelum ini pun ada juga Imran melecet, tapi melecet yang didapati di nursery agak teruk. Kesian melihat Imran menangis kesakitan ketika mandi :-( Mungkin perlu juga dicari pengasuh untuk dia.

13 Disember 2009

Car Seat

Hari ini genap Imran 7 bulan. Aku dan isteri mengambil peluang cuti hujung minggu untuk membeli car seat Imran. Walaupun carrier yang dibeli bersama stroller boleh digunakan bayi sehingga 9 bulan, namun Imran sudah over size dengan carrier itu. Car seat yang dibeli adalah dari jenama Halford juga.

Saiznya amat besar jika diletakkan di dalam kereta. Sangat besar.