07 November 2008

Imran or Iris?

6 November 2008

3.03 cm

9 weeks 6 days

Expected Due Date : 05062009

Doakan kesihatan kami semua.

15 Oktober 2008

Confirm!

Seperti yang telah diberitahu sebelum ini, berita gembira itu sudahpun disahkan. Apa pun, perlu didaftarkan di Pusat Kesihatan Salak kalau mahu ke Hospital Putrajaya bulan Jun tahun depan.

06 Oktober 2008

Berita Gembira

Belum dapat dipastikan lagi, namun jika sudah disahkan nanti, akan diumumkan kemudin. Terima kasih.

28 September 2008

Salam Aidilfitri

Kami berdua ingin mengucapkan Selamat Aidilfitri kepada semua rakan di mana jua anda berada, semoga beroleh keberkatan sempena Ramadhan Al-Mubarak yang akan berlalu. Jika ada kealahan yang telah kami lakukan, sama ada disengajakan mahupun tidak, harap dimaafkan. Berhati-hatilah semasa memandu, ingatlah orang yang tersayang yang menunggu di kampung halaman.

09 September 2008

Lady CT's Products


Pada hari Ahad yang lalu, Siti telah menelefon dan memberitahu kami bahawa dia dalam perjalanan untuk menghantar album kami. Walaupun masih terasa penat kerana baru sahaja sampai dari Kuantan, kami terus balik ke Sepang setelah selesai urusan kami facial kami (sesi facial adalah salah satu acara kami bersama ). Hasilnya sangat memuaskan hati kami. Sekali lagi kami ucapkan ribuan terima kasih kepada Siti kerana sanggup bersama-sama kami untuk mengabadikan kenangan kami.

27 Ogos 2008

Siti Ruzaimah Photography

Sesuatu majlis, sama ada majlis pernikahan, berkhatam, berinai mahupun resepsi yang gilang gemilang tidak bermakna jika kita tidak mengabdikannya. Kami telah memilih untuk mengabdikan majlis-majlis kami melalui foto. Untuk majlis nikah, khatam Quran dan berinai, kami telah memilih Lady CT sebagai Official Photographer (OP) kami.

  1. LadyCT

21 Ogos 2008

Nuriz De Beauty

Nuriz De Beauty ialah sebuah butik andaman yang terletak di Taman Seroja, Bandar Baru Salak Tinggi, Selangor. Butik andaman ini telah menjadi pilihan kami sejak tahun lepas lagi iaitu sewaktu kami bertunang. Semua perkhidmatan yang berkaitan dengan majlis bertunang dan perkahwinan seperti rawatan pengantin, andaman, pakej perkahwinan dan fotografi ada disediakan di sini. Perkhidmatan yang disediakan oleh Nuriz De Beauty yang diketuai oleh Kak Manisah sungguh memuaskan hati kami. Terima kasih diucapkan untuk Kak Manisah dan pasukannya.

Klik di sini untuk pautan Nuriz De Beauty

14 Ogos 2008

Teaser


08.08.2008 6:00 pm

12 Ogos 2008

Majlis Perkahwinan

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Kehadiran sahabat-sahabat kami, Batch 38 (Kamal & isteri, Faiz Salleh & tunang), ada2aje (Pak Mus sekeluarga, antukacak sekeluarga, ain & WMS, keyrol dan anak), AYSK, CS10 UiTM, UPSI, SDAR & SMK (A) Pedas telah memeriahkan majlis. Untuk gambar semasa majlis, InsyaAllah akan dimuatnaikkan setelah siap nanti.

pautan :
  1. Majlis Perkahwinan Rasis & Yusliana

09 Ogos 2008

08.08.08

Alhamdulillah, jam 5:40 petang, selamatlah sudah diri ini bergelar suami kepada R. Yusliana binti Ramli. Majlis serba ringkas tetapi meriah itu telah diadakan di kediaman di Giching Hulu, Salak. InsyaAllah, walimah akan dilangsungkan pada hari Ahad, 10 Ogos 2008.

07 Ogos 2008

Terima Kasih Sahabat

Owners, Managers & Semua ahli group ada2aje
ingin mengucapkan
Selamat Pengantin Baru
buat
.....Rasis Jalil & R.Yusliana Ramli...


..... Semoga berbahagia & berkekalan hingga ke akhir hayat....


khas utk rasis... dari yusliana.. :)
hatiku selembar daun melayang jatuh di rumput
terbiarkan aku sejenak terbaring sendiri disini;
ku toleh sejenak mengerling hidup yg bakal berlalu
yang selama ini akan kubiarkan luput;
sesaat ini adalah abadi untuk kau sapu
menjadi bunga tamanmu setiap pagi
... selamanya..

nukilan: mel~~


Terima kasih kepada Boss, Mel dan rakan-rakan group ada2aje.

Ucap selamat di ada2aje

Hari-hari Terakhir...

Esok membuka lembaran baru dalam hidup aku. Jika sebelum ini aku hanya bertanggungjawab terhadap diri sendiri, bermula esok akan bertambah lagi satu tanggungjawab. Tanggungjawab aku sebagai pemimpin keluarga. Doakan segalanya berjalan lancar esok, InsyaAllah.