13 Disember 2009

Car Seat

Hari ini genap Imran 7 bulan. Aku dan isteri mengambil peluang cuti hujung minggu untuk membeli car seat Imran. Walaupun carrier yang dibeli bersama stroller boleh digunakan bayi sehingga 9 bulan, namun Imran sudah over size dengan carrier itu. Car seat yang dibeli adalah dari jenama Halford juga.

Saiznya amat besar jika diletakkan di dalam kereta. Sangat besar.


30 Oktober 2009

Cuti-cuti Malaysia

Pada hujung minggu yang lalu, kami sekeluarga mengambil kesempatan untuk bercuti ke Melaka sempena cuti Pertabalan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.