Kepada bakal-bakal bapa untuk kali pertama (tidak lupa juga kepada bapa berpengalaman), semakin hari menghampiri tarikh jangkaan kelahiran (expected due date - EDD), seharusnya kita lebih bersedia untuk kelahiran tersebut, lebih-lebih menjelang minggu ke 36.
Tidak lupa juga sebelum EDD lagi, pasangan seharusnya sudah merancang ataupun memilih tempat untuk melahirkan anak, sama ada di hospital kerajaan mahupun swasta. Walaupun begitu, adalah dinasihatkan untuk memilih hospital yang mesra bayi seperti Hospital Putrajaya ataupun Hospital Serdang (pada pendapat penulis sahaja).
Jika anda memilih untuk melahirkan anak di hospital/pusat perubatan swasta, sebaik-baiknya pilihlah hospital/pusat perubatan yang mana pakar sakit puannya seorang Muslim (bagi yang beragama Islam). Ini adalah kerana jika bapa tergamam selepas kelahiran bayi, Insya Allah bayi tersebut tetap akan diazankan selepas kelahirannya (menurut pengalaman penulis sendiri).
Jika suami diberi kesempatan, dicadangkan agar menemani isteri semasa di bilik bersalin agar dapat mengeratkan lagi hubungan suami isteri disamping boleh mendedahkan suami mengenai kesukaran isteri untuk melahirkan anak.

2 ulasan:
Aik, takkan tergamam Tuan Haji? Takpe, being in the labour room is a priceless experience in itself, lending support :)
tak tergamam, tapi tangan digenggam erat oleh missus, takleh nak leraikan :-p
Catat Ulasan