21 Ogos 2009

Marhaban Ya Ramadhan

Ramadhan tiba lagi. Tapi kali ini, berbeza daripada Ramadhan sebelum ini kerana ini adalah kali kedua Ramadhanku sebagai seorang suami dan kali pertama Ramadhanku sebagai seorang bapa. Aku mengucapkan Salam Ramadhan kepada semua, semoga Ramadhan ini bukanlah Ramadhan yang terakhir untuk kita dan semoga Ramadhan kali ini lebih baik berbanding Ramadhan yang lepas, InsyaAllah.

05 Ogos 2009

Dugaan Dari Allah

aku tertanya-tanya, kenapa Allah memberikan anak kepada mereka yang akan membuang anak mereka tetapi tidak kepada mereka yang mahukan anak. kemudian aku teringat, Allah menguji hamba-Nya dengan pelbagai cara. aku berdoa, "Ya Allah, teguhkanlah iman mereka, semoga dengan ujian-Mu itu akan bertambahlah keimanan mereka terhadap-Mu."

aku teringat beberapa kawan yang kahwin sebelum aku tapi masih belum dikurniakan dengan cahayamata... ingatlah, semua yang terjadi itu ketentuan Ilahi, jika ada rezeki kita, insyaAllah zuriat akan menyusul kelak... pekakkan telinga denagn kata-kata mereka yang menyakitkan hati... siapa yang berkahwin tetapi tidak mahukan anak? bukankah tujuan berkahwin itu untuk menambahkan zuriat?

Ya Allah, permudahkanlah peluang untuk rakan-rakanku menimang cahayamata, semoga bertambah umat Nabi Muhammad SAW