Saiznya amat besar jika diletakkan di dalam kereta. Sangat besar.
13 Disember 2009
Car Seat
Saiznya amat besar jika diletakkan di dalam kereta. Sangat besar.
30 Oktober 2009
Cuti-cuti Malaysia
22 Oktober 2009
Tips Menangani Anak
- Jangan pukul anak dari lutut keatas
- Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita untuk memukul anak dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control
- Rotan/pukul anak di telapak kakinya. Secara saintificnya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak
Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya... bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... itu salah...
"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan. Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka". Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka.
"Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok. "Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup.
" Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...
*DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL *
Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.
*BERTAUBAT SEBELUM MELARAT*
Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa. Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu? "Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita."
*HUBUNGAN DENGAN BAPA*
Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa." Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."
*USAH DERHAKA KEPADA MENTUA*
Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? "Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya.
Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar. "Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa NabiIbrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.
501 tips yang diberikan oleh Robert D. Ramsey untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya menempatkan anak-anak anda dikalangan winners. Tips ini jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak kita sebagai winners. Penulis berpendapat apa yang membezakan antara winners dan losers adalah mudah iaitu:-
Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri mereka tidak boleh.
*Tips:*
- Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).
- Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)
- Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)
- Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
- Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.
- Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
- Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
- Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
- Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.
- Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
- Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
- Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
- Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri.
- Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
- Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
- Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,
- Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
- Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
- Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri
29 September 2009
21 Ogos 2009
Marhaban Ya Ramadhan
05 Ogos 2009
Dugaan Dari Allah
aku tertanya-tanya, kenapa Allah memberikan anak kepada mereka yang akan membuang anak mereka tetapi tidak kepada mereka yang mahukan anak. kemudian aku teringat, Allah menguji hamba-Nya dengan pelbagai cara. aku berdoa, "Ya Allah, teguhkanlah iman mereka, semoga dengan ujian-Mu itu akan bertambahlah keimanan mereka terhadap-Mu."
aku teringat beberapa kawan yang kahwin sebelum aku tapi masih belum dikurniakan dengan cahayamata... ingatlah, semua yang terjadi itu ketentuan Ilahi, jika ada rezeki kita, insyaAllah zuriat akan menyusul kelak... pekakkan telinga denagn kata-kata mereka yang menyakitkan hati... siapa yang berkahwin tetapi tidak mahukan anak? bukankah tujuan berkahwin itu untuk menambahkan zuriat?Ya Allah, permudahkanlah peluang untuk rakan-rakanku menimang cahayamata, semoga bertambah umat Nabi Muhammad SAW
09 Jun 2009
Kekuningan Pada Bayi Baru Lahir (Neonatal Jaundice)
Apa itu jaundis?
Jaundis adalah warna kekuningan yang kelihatan pada kulit yang disebabkan oleh meningkatnya kadar bilirubin dalam darah. Jaundis pada bayi adalah jaundis yang berlaku dalam masa sebulan selepas bayi lahir.
Apa itu bilirubin?
Bilirubin adalah sejenis pigmen yang dihasilkan dari pemecahan sel darah merah. Ia kemudian diproses di dalam hati sebelum dikeluarkan ke dalam najis.
Adakah sering terjadi jaundis di kalangan bayi?
Jaundis sering berlaku pada bayi. 50% bayi akan mengalami jaundis pada minggu pertama kehidupan.
Jenis-jenis jaundis pada bayi dan penyebabnya?
- Fisiologi jaundis
- Patologi jaundis
- Ketidakserasian kumpulan darah antara ibu dan anak. (Bila ibu mempunyai Rhesus negative atau kumpulan darah 'O').
- G6PD defisiensi pada bayi. Kekurangan enzim ini menyebabkan sel-sel darah merah tidak stabil apabila terdedah pada bahan-bahan tertentu. Bagaimanapun tidak lebih dari 5% bayi mengalami masalah ini. Sekarang semua bayi akan diperiksa status G6PD nya sejurus selepas lahir.
- Jangkitan kuman pada bayi. Bayi biasanya kelihatan lemah dan memerlukan rawatan di hospital.
Merupakan jaundis yang paling sering terjadi pada bayi dan tidak merbahaya. Jaundis bermula selepas 48 jam dan akan beransur hilang pada akhir minggu pertama kelahiran. Jaundis jenis ini terjadi disebabkan oleh pemecahan sel-sel darah merah dan keadaan organ hati yang belum cukup matang.
Jaundis jenis ini bermula dalam masa dua hari selepas lahir. Ini disebabkan oleh pemecahan sel-sel darah merah yang berlebihan akibat:
Apakah yang menyebabkan jaundis berpanjangan?
Jaundis dianggap berpanjangan apabila keadaan kekuningan berlanjutan sehingga melebihi 14 hari bagi bayi yang cukup bulan dan 21 hari bagi bayi pramatang. Ianya disebabkan oleh:
- Penyusuan susu ibu sepenuhnya ( breast milk jaundice). Jaundis yang berpanjangan ini tidak membahaya pada bayi selagi ibu tidak megambil ubat-ubatan tradisional.
- Penyekatan aliran hempedu dari hati ke usus yang akhirnya menyebabkan najis yang pucat dan air kencing yang pekat. Bagaimanapun kes ini jarang terjadi.
- Kekurangan hormon tiroid. Kes ini sangat jarang, seorang dari 4000 kelahiran. Melalui program saringan kebangsaan, semua bayi yang lahir akan dilakukan pemeriksaan saringan menggunakan darah tali pusat.
Haruskah saya bimbang jika anak saya jaundis?
Bayi anda mungkin sihat jika :
- Bayi anda cukup bulan dan tidak berisiko untuk terjadi jaundis yang teruk.
- Jaundis terjadi selepas 48 jam selepas lahir dan tiada peningkatan jaundis yang teruk.
- Bayi anda sihat dan aktif.
Walau bagaimanapun sila dapatkan pemeriksaan doktor untuk penilaian lanjut.
Apakah tanda-tanda bahaya yang patut saya perhatikan?
Anda harus dapatkan pemeriksaan doktor segera sekiranya :
- Jaundis terjadi dalam masa 24 jam selepas dilahirkan.
- Peningkatan kekuningan yang cepat
- Bayi anda mengalami G6PD defisiensi
- Anak anda terdahulu pernah mengalami jaundis teruk
- Bayi anda kelihatan tidak aktif dan tidak mahu menyusu
- Najis bayi anda kelihatan pucat atau air kencingnya menjadi pekat
Apakah yang doktor akan lakukan?
Doktor akan memeriksa bayi anda dan melakukan ujian darah serta memberikan rawatan yang sesuai. Mereka juga akan memberikan nasihat yang berkaitan.
Apakah masalah yang akan timbul akibat jaundis teruk?
Kadar indirect bilirubin yang tinggi pada bayi baru lahir boleh mencapai tahap bahaya sehingga menyebabkan:
- Gangguan pendengaran dimana terjadi kerosakan otak di bahagian kawalan pendengaran.
- Kerosakan otak yang teruk (kernicterus)
Oleh itu intervensi awal perlu bagi mengelakkan terjadinya komplikasi yang teruk.
Apakah rawatan yang diberikan?
Terdapat 2 jenis rawatan iaitu:
- Rawatan foto
- Pertukaran darah.
Bayi akan diletakkan di bawah sinaran komponen cahaya biru tertentu sehingga indirect bilirubin akan ditukarkan kepada bahan yang tidak bahaya.
Rawatan foto pada bayi yang mengalami jaundis.
Nota: jangan dedahkan bayi anda pada cahaya matahari pagi secara terus kerana ini membahayakan bayi anda.
Kadar bilirubin yang dianggap bahaya bagi bayi baru lahir adalah melebihi 20 mg/dL (340 umol/L). Rawatan pertukaran darah adalah pilihan cara terakhir bagi menghindarkan terjadinya kerosakan otak. Kadar bilirubin untuk rawatan ini bergantung kepada banyak faktor termasuk usia bayi dan penyebab jaundis itu sendiri.
Pencegahan jaundis
Adalah penting untuk kita mengesan dan memantau bayi yang berisiko tinggi untuk terjadi jaundis yang teruk.
Tindakan awal mengesan jaundis dapat memastikan rawatan yang sesuai dan mengurangkan komplikasi.
Apakah yang perlu dilakukan kepada bayi yang mengalami jaundis yang teruk?
Semua bayi dengan kadar bilirubin lebih 20 mg/dL harus mendapat rawatan lanjut diklinik pakar kanak-kanak bagi memantau perkembangan dan pendengaran.
Sekiranya terjadi kerosakan otak akibat jaundis teruk, kanak-kanak tersebut harus dirujuk kepada sekumpulan pakar untuk pemulihan.
Apendiks
Senarai makanan, ubat-ubatan yang harus dielakkan oleh pengidap G6PD defisiensi:
- Makanan : kacang parang
- Herba cina yang tertentu
- Ubat-ubatan(rujuk doktor untuk senarai yang lengkap)
- Antibiotik seperti sulfamethozazol, nalidiixic acid
- Bahan kimia
- Ubat gegat (jangan gunakan pada pakaian.)
Bayi Menangis Berterusan
Menangis berterusan adalah masalah bayi yang biasa kepada ibubapa atau penjaga bayi baru lahir atau bayi berusia kurang dari satu tahun. Menangis adalah satu cara bayi berhubung untuk menunjukkan mereka mempunyai masalah atau tidak selesa.
Tanda dan Gejala
Bayi biasanya akan menangis apabila :
- Lapar dan dahaga.
- Mengantuk atau letih.
- Kesejukan atau basah.
- Minta didukung.
- Perlu ditukarkan lampin.
- Dalam kesakitan atau tidak selesa.
Menangis berterusan boleh ditafsirkan sebagai :
- Menangis berterusan pada jangka masa yang lama.
- Menangis meskipun semua keperluan dipenuhi
- Menangis dengan nada yang berbeza dari tangisan biasa
- Menangis disertai dengan pergerakan luar biasa seperti bayi menangis sambil mengangkat kedua-dua kaki ke atas.
Keadaan tertentu yang boleh menyebabkan bayi menangis berterusan:
- Perut memulas.
- Penyakit.
Rawatan
Beri perhatian dengan segera apabila bayi anda menangis. Pengalaman dan masa mengajar anda mengenali keperluan bayi anda dan bertindaklah mengikut keperluan.
- Bayi yang menangis akibat lewat diberi susu akan dapat diatasi dengan tidak melengahkan masa pemberian susu.
- Bayi yang lampinnya basah akibat kencing atau berak hanya perlu ditukarkan lampin.
- Bayi yang kesejukan akan selesa apabila dibalut dengan selimut atau pakaian yang dihangatkan terlebih dahulu.
- Periksa seandainya ada keadaan yang boleh menyebabkan kesakitan, seperti pin lampin terbuka atau disengat serangga.
- Memeluk rapat bayi anda dan menghayunkanya perlahan-lahan.
- Urutan atau usapan lembut di belakang atau didada bayi.
Kadangkala bayi menangis berterusan meskipun segala usaha telah diambil untuk memujuknya. Anda mesti bertenang dan tidak tertekan kerana jika tidak perasaan bayi anda akan lebih terganggu. Jangan sesekali mengoncang bayi anda kerana ini boleh mengakibatkan kecederaan teruk kepada leher dan otak bayi anda. Sekiranya anda rasa tertekan / keletihan minta bantuan kawan atau ahli keluarga yang lain mengambil alih menjaga bayi anda sementara. Ambil masa anda untuk bertenang sebelum meneruskan penjagaan bayi anda.
Perut Memulas
Menangis akibat perut memulas didefinisikan sebagai tangisan berlebihan selama tiga jam atau lebih (dalam sehari) dan biasanya akan hilang dalam tempoh 3 bulan pertama usia bayi. Sekiranya bayi anda menangis sambil mengangkat kakinya ke atas dan banyak mengeluarkan angin ini menunjukkan bayi anda mengalami perut memulas.
Cara menanganinya :
- Pegang bayi anda duduk menegak semasa penyusuan dan sedawakan bayi selepas penyusuan. Dukung bayi anda berjalan-jalan dengan kedudukan bayi tegak di bahu anda atau goyang bayi anda dengan lembut boleh melegakannya.
- Jika menangis berterusan, dapatkan rawatan segera.
Penyakit
Sila ambil perhatian apabila bayi menangis berterusan ini adalah satu petanda penyakit yang teruk. Sekiranya bayi anda masih menangis berterusan meskipun semua cara di atas telah diambil untuk memujuk atau ada petanda selain disebutkan di atas, jangan ragu terus mendapatkan rawatan di hospital.
Colic (Kembung Perut)
Kembung perut biasanya dikaitkan dengan bayi yang menangis disebabkan oleh sakit perut.
Diagnosa ditentukan berdasarkan ciri-ciri berikut:
- Bayi menangis berterusan atau kerap menangis buat masa yang lama tanpa sebab-sebab yang jelas.
- Masalah ini berlarutan selama 2-4 jam sehari untuk sekurang-kurangnya 5 hari seminggu dan selalunya bermula pada umur bayi 2-3 minggu dan beransur kurang/pulih apabila bayi mencapai umur 3-4 bulan.
Mengapakah sesetengah bayi mengalami kembung perut?
Sebab tidak diketahui. Beberapa teori termasuk :
- Usus :
- Alah kepada protein susu lembu.
- Alah kepada laktosa.
- Usus belum matang. Pencernaan karbohidrat yang tidak sempurna akan menyebabkan kembung dengan "angin" yang berlebihan.
- Ketidakselesaan disebabkan "angin".
- Biologi :
- Cara menyusu : kurang atau lebih menyusu dan kurang sendawakan bayi.
- Terdedah kepada asap rokok. Ibu yang merokok sewaktu mengandung atau di dalam pantang akan menyebabkan bayi berisiko tinggi untuk kembung perut.
- Psikososial
- Ibu bapa yang tertekan.
- Lain-lain
- Sistem saraf bayi yang belum matang menyebabkan ia lebih sensitif kepada faktor persekitaran.
Adakah ramai bayi yang mengalami masalah ini?
Dianggarkan 1 hingga 5 dalam 10 bayi mengalami kembung perut.
Apakah tanda-tanda bayi anda mengalami kembung perut?
Bayi akan selalunya :
- Menangis sekuat hati dalam jangka masa yang lama.
- Di ikuti menarik kedua belah kaki ditarik ke perut dan tangan dikepal.
- Tidak selalunya berkait dengan perut buncit, muntah, demam atau tanda- tanda penyakit yang lain
Adakah kembung perut akan menyebabkan masalah serius yang lain?
- Kebiasaannya bayi akan sihat dan boleh membesar dengan baik.
- Bagaimanapun, masalah ini mungkin boleh menyebabkan tekanan perasaan dan kebimbangan di kalangan ahli keluarga.
- Ibu bapa merasa kecewa dan risau melihat keadaan bayinya.
Bagaimanakah untuk mengelakkan masalah ini?
- Tiada rawatan yang khusus. Keadaan ini akan pulih dengan sendiri apabila bayi berumur 3-4 bulan.
- Jika anak anda kembung perut :
- Elakkan terlalu kerap mengangkat bayi ketika ia merengek.
- Selimutkan bayi sehingga selesa dan dodoikan dengan lemah lembut
- Kurangkan bunyi bising
- Bawa bayi anda bersiar-siar
- JANGAN SEKALI-KALI MENGGONCANG BAYI ANDA
- Jika ibu bapa merasa tertekan atau penat, cuba dapatkan bantuan orang lain untuk menjaga bayi dan ambil rehat yang secukupnya.
Dapatkan nasihat doktor jika :
- Tangisan bayi anda seperti di dalam kesakitan.
- Ada masalah lain seperti muntah, perut buncit, cirit-birit atau sembelit.
- Bayi anda demam
- Ibu bapa terlalu bimbang atau penat dan tidak boleh menangani masalah ini sendiri.
Apakah ubat yang boleh membantu?
- Tiada ubat yang berkesan untuk meredakan kembung perut.
- Anda boleh mencuba ubat untuk "angin" atau "colic" dan sejenis ubat bernama "dimethicone" untuk mengurangkan rasa kembung.
Bagaimanakah untuk mengelakkan masalah ini?
Jika bayi anda menghisap susu botol:
- Amalkan teknik penyusuan yang betul, pastikan saiz puting yang sesuai dan sendawakan bayi anda di antara penyusuan.
- Cuba tukar susu contohnya susu soya selepas merujuk kepada doktor anda.
Jika bayi menyusu badan :
- Teruskan penyusuan susu ibu, tetapi ibu perlu mengelakkan makanan tertentu seperti kobis, broccoli, bunga kobis, kafein dan makanan yang dibuat dari susu lembu.
Peringatan
- Kembung perut (colic) adalah masalah yang mencabar tetapi ia tidak menimbulkan kesan bahaya kepada bayi pada masa akan datang. Diagnosa yang tepat adalah penting.
- Dapatkan nasihat doktor jika:
- Diagnosa tidak dapat dipastikan
- Adanya tanda-tanda penyakit serius yang lain.
Pesanan Untuk Bakal Bapa Kali Pertama
Tidak lupa juga sebelum EDD lagi, pasangan seharusnya sudah merancang ataupun memilih tempat untuk melahirkan anak, sama ada di hospital kerajaan mahupun swasta. Walaupun begitu, adalah dinasihatkan untuk memilih hospital yang mesra bayi seperti Hospital Putrajaya ataupun Hospital Serdang (pada pendapat penulis sahaja).
Jika anda memilih untuk melahirkan anak di hospital/pusat perubatan swasta, sebaik-baiknya pilihlah hospital/pusat perubatan yang mana pakar sakit puannya seorang Muslim (bagi yang beragama Islam). Ini adalah kerana jika bapa tergamam selepas kelahiran bayi, Insya Allah bayi tersebut tetap akan diazankan selepas kelahirannya (menurut pengalaman penulis sendiri).
Jika suami diberi kesempatan, dicadangkan agar menemani isteri semasa di bilik bersalin agar dapat mengeratkan lagi hubungan suami isteri disamping boleh mendedahkan suami mengenai kesukaran isteri untuk melahirkan anak.
17 Mei 2009
Raiyan is getting better
Alhamdulillah, keadaan kesihatan Imran semakin hari semakin pulih... 1st day admitted, his reading was 300+... by today, it decreases to 250+... hopefully by tomorrow, he can be discharge. thank you for all your wishes & prayers... The reason that I was so worried is that Raiyan was borderline premature, cukup-cukup 36 minggu je... God's willing, InsyaALLAH, he will survive...
14 Mei 2009
What Did I Do Today?
13 Mei 2009
02 Mei 2009
Baby Stroller
- Carrying strap for traveling
- 5-Point harness with comfort pads
- Deep recline will accomodate an infant
- Washable padded seat Cushion
- Front Swivel wheels
- Quick and Simple Tri-fold
- Canopy with viewing window
- Removeable guardrail
- independent wheel suspension system
- Large shopping Basket
- Self-standing after folding
- Stroller folds compact for easy storage
- Stroller Weight - 6.4kg and Carrier Weight - 3.5kg